Mamat Khalid Telah Pergi Menghadap Ilahi, Al Fatihah

Mamat Khalid Telah Pergi Menghadap Ilahi, Al Fatihah

 INDUSTRI hiburan dikejutkan dengan berita sedih apabila pengarah terkenal Mamat Khalid disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi Ahad.

Allahyarham meninggal dunia pada usia 58 tahun di Hospital Slim River, Perak.Berdasarkan maklumat awal yang diterima, arwah diserang sawan sekitar pukul 10 malam, Sabtu sebelum dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.Sementara itu media sosial rakan selebriti turut melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan berita pemergian Mamat atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid.

Mamat Khalid atau nama sebenarnya Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya akibat masalah jantung.Jenazah Allahyarham dijangkan akan dibawa pulang dan disemadikan di Ipoh esok.

Khabar duka itu disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman, Hafiz Nafiah kepada Utusan Malaysia.Menurut Hafiz, Allahyarham difahamkan pengsan di restorannya, Sarang Art Hub sebelum dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

“Allahyarham pengsan di Sarang Hub, tempat dia dan dibawa ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Penerbit dan pengarah hebat itu pernah dikejarkan ke hospital dan dimasukkan ke unit rawatan rapi selepas mengalami sesak nafas pada Oktober 2019.

Allahyarham cukup disegani dalam dunia perfileman negara dan karya-karyanya sering pecah panggung serta memberi kesan cukup hebat kepada penonton.

Difahamkan Mamat pengsan di restorannya, Sarang Art Hub dan dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.Mamat Khalid sebelum ini pernah mengarahkan beberapa filem terkenal antaranya Rock Oii, Lang Buana dan Man Laksa. 

Allahyarham Mamat Khalid atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid menghembuskan nafas terakhirnya di tangga usia 58 tahun dan meninggalkan seorang isteri, Hasmah Hassan serta lima orang anak.

Sumber : ASN

Admin

sekadar berkongsi pengalaman, cerita , berita dan info terkini kepada pembaca-pembaca yang setia...

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama